Harga menjadi masalah ?
Lokasi jauh?
Tak ada kemudahan?
Meh cari jalan penyelesaian
Mengenai Tips Hartanah

Tips Hartanah telah bermula sebagai satu blog hartanah pada tahun 2006 dengan tujuan untuk berkongsi maklumat tentang hartanah. Pada ketika itu, pengasas dan admin Tips Hartanah lebih memfokuskan kepada jual beli hartanah kerana aktiviti pada masa tersebut lebih tertumpu kepada bidang berkenaan sahaja. Dengan pengalaman yang semakin luas dan keinginan untuk berkongsi maklumat hartanah di dalam Bahasa Malaysia, Tips Hartanah terus menjadi semakin aktif di mana semakin ramai yang bertanyakan panduan serta tip-tip untuk membeli dan menjual rumah serta bidang lain berkaitan tanah seperti pelaburan hartanah, penilaian, lelongan dan lain-lain.
No comments:
Post a Comment